BADMINTON

 PENGENALAN KEPADA SUKAN BADMINTON


Badminton merupakan sejenis sukan yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

PERALATAN-PERALATAN BADMINTON

RAKET

BULU TANGKIS

JARING

GELANGGANG BADMINTON

BAJU BADMINTON (LELAKI)

BAJU BADMINTON (WANITA)
KASUT BADMINTON



                                                                               
                                                                                 Single





                                                                               Double
                                                                          




PERATURAN-PERATURAN BADMINTON

i.Undang Undang Asas
Pemain boleh memulakan permainan jika peralatan permainan dan rakannya sudah ada. Badminton tidak memerlukan pemain yang ramai seperti bola sepak. Permainan ini boleh dimainkan oleh orang lelaki dan juga wanita. Kanak-kanak, murid sekolah, golongan remaja, orang dewasa walaupun orang yang telah berumur semuanya boleh bermain. Permainan ini boleh dimainkan secara suka-suka atau sekadar mengisi masa lapang juga untuk pertandingan atau perlawanan. 

Badminton boleh dimainkan antara dua orang (acara perseorangan) atau empat orang (acara beregu). Tujuannya adalah untuk memukul bulu tangkis melepasi jaring ke dalam gelanggang pihak lawan sama ada bulu tangkis menyentuh lantai gelanggang sebelum pihak lawan dapat membalas balik atau pihak lawan memukulnya keluar dari gelanggang atau terkandas di jaring. Bulu tangkis tidak boleh melantun pada bila-bila masa apabila dimainkan. Pemain hanya memperoleh mata apabila memenangi rali. Terdapat acara berpasukan dan individu. Dalam acara individu terdapat lima jenis acara yang dimainkan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran. Piala Thomas/Uber dan Piala Sudirman adalah acara berpasukan.

ii.Sistem Kiraan Mata

Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali (The Best o Three Games). Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain/pihak yang memenangi rali.
Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang. Jika tidak, permainan akan diteruskan hingga mata 29-29. Pemain/pasangan pertama yang mencapai mata 30 dikira sebagai hingga mata 29-29. Pemain/pasangan pertama yang mencapai mata 30 dikira sebagai pemenang. Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan disebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya. Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis dan sebaliknya.

iii.Masa Rehat
Setelah mana-mana pemain atau pasangan mencapai mata 11, rehat selama 60 saat akan diberikan. Rehat antara game selama dua minit diberikan apabila sesuatu game tamat.

iv.Servis

Tidak boleh melengah-lengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang. Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan memijak garisan gelanggang dan tidak boleh bergerak sebelum servis dibuat.
Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalam keadaan statik. Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat servis. Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft) mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis. Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia.

v.Servis Batal


  • Dalam acara beregu, bulu tangkis disentuh oleh rakan sebelum penerima yang sepatutnya menerima servis.
  • Bulu tangkis melepasi bawah jaring.
  • Bulu tangkis jatuh di luar gelanggang servis.
  • Bulu tangkis melekat seketika di permukaan raket.
  • Bulu tangkis dipukul dua kali berturut-turut.
  • Bulu tangkis sangkut di jaring setelah melepasi jaring semasa membuat servis.

vi.Servis Semula (Let)
    Diberi sekiranya:

  • Penerima belum bersedia dan tidak mencuba.
  • Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak.
  • Bulu tangkis melekat di jaring selepas melepasi jaring semasa rali.
  • Semasa permainan gabus pada bulu tangkis tercabut.
  • Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan.
  • Pengadil tidak dapat membuat keputusan.
vii.Larangan Untuk Pemain 


  • Jangan sengaja melambat-lambatkan permainan.
  • Jangan sengaja merosakkan atau mengubah suai bulu  tangkis untuk menukar kelajuan.
  • Tidak memijak garisan semasa membuat servis, menyentuhi jaring atau pemain menyentuhi papan iklan.
  • Tidak berkelakuan kasar, menggertak, menghasut atau melakukan perkara yang boleh menggangu permainan lawan.
  • Jangan meninggalkan gelanggang tanpa  kebenaran pengadil dan mempertikaikan keputusan pengadil.


viii.Batal Berlaku Sekiranya


  • Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau pakaian.
  • Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu pihak lawan.
  • Mengganggu pihak lawan dengan laungan kuat atau menggunakan isyarat tangan.
ix.Perlawanan Perseorangan


  • Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya. Mata genap di petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil.
  • Pembuat servis akan membuat servis secara melintang  kepada pihak lawan. 

x.Perlawanan Beregu


  • Pemain yang menang dalam permainan pertama akan memulakan servis dalam permainan berikutnya.
  • Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat servis dari gelanggang servis kanan.
  • Pasangan beregu yang menang rali akan bertukar petak servis dan lawan kekal dalam petak servis masing-masing.
  • Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada  pihak lawan.
  • Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima servis boleh berdiri di mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak menghalang pandangan pembuat servis dan penerima servis.
  • Pasangan yang menang pertandingan itu, akan memulakan pertandingan berikutnya. 



KEMAHIRAN PUKULAN

PUKULAN HADAPAN

Pukulan hadapan digunakan untuk menyerang pihak lawan. Pukulan bulu tangkis laju dan deras.
  •  Pegang raket mengikut teknik pegang depan
  •  Bawa raket ke belakang dengan siku 
  •  Pergerakan pergelangan tangan dikunci
  •  Ayun raket ke hadapan dengan kontak bulu tangkis separas dengan ketinggian jaring





PUKULAN KILAS

Pukulan kilas digunakan untuk bertahan. Kadang-kadang digunakan untuk mematikan bulu tangkis melalui smesy kilas
  •  Pada kedudukan sedia
  •  Pegang raket mengikut teknik pegang kilas
  •  Kilas pinggang sambil siku fleksi menyilang dada
  •  Ayun raket ke hadapan dan dan kontak bulu tangkis pada paras bahu



PUKULAN LOB

Pukulan lob digunakan untuk bertahan serta menyukarkan pihak lawan melakukan serangan. Pukulan ini dapat memberi masa dan kesempatan pemain kembali ke posisi bersedia
  •  Pada kedudukan sedia
  •  Pegang raket dengan teknik pegang depan
  •  Bawa raket ke belakang atas kepala. Siku fleksi sambil kepala didongakkan
  •  Bawa raket ke hadapan atas kepala dengan siku fleksi
  •  Kontak bulu tangkis semasa ia berada di atas kepala



PUKULAN SMESY

Pukulan smesy boleh dilakukan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara. Ia digunakan untuk menamatkan rally atau mencipta ruang. Sasarannya ialah ke ruang kosong gelangang lawan.



  •  Pandang bulu tangkis.
  •  Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
  •  Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok.
  •  Sebelah tangan lagi lurus ke atas.
  •  Ayun raket ke hadapan dengan lengan lurus.









    





Comments