BOLA TAMPAR

Permainan bola tampar adalah salah satu permainan yang dimainkan di sukan olimpik.Sukan ini dimana dua pasukan akan dipisahkan oleh satu jaring tinggi.Bola tampar ini hanya menggunakan bahagian tangan yang paling utama,tetapi ia boleh menggunakan bahagian lain juga untuk memukul atau menampar bola.Setiap pasukan hanya terdiri dalam enam orang sahaja dalam satu gelanggang untuk bermain.Daripada enam orang pemain itu,pemain hanya dibenarkan memukul bola tiga kali berturut-turut sahaja,jika lebih dikira mata dikira pada pihak lawan.Mata juga diambil jika bola jatuh kegelanggang lawan,lawan buat kesalahan atau gagal mengembalikan bola.



Bola tampar bukan sahaja dimainkan oleh lelaki,perempuan juga boleh main.Sama juga peraturan yang ditetapkan,tidak berubah sama sekali bagi lelaki atau perempuan.Sukan bola tampar ini boleh dimainkan di tempat indoor atau outdoor tetapi kebanyakkan bermain di indoor.
Tentang pengambilan mata pula,jika bola menyentuh lantai gelanggang lawan atau silap servis,mata akan dapat pada pasukan berlawanan dan akan melakukan servis.Jika pasukan memenangi satu mata selepas servis,pasukan itu dapat membuat servis pada pembuka pusingan seterusnya.Bagi pasukan yang memenangi mata tidak membuat servis,akan menukar kedudukan ikut arah jam dan begitulah selanjutnya.Bola tampar dimainkan sehingga 25 mata,dan bagi pasukan yang dapat 25 terlebih dahulu dikira memenangi set itu.Bola tampar juga mempunyai lima set dimana set terakhir akan dimainkan sebanyak 15 mata sahaja.

GELANGGANG BOLA TAMPAR

PERALATAN BOLA TAMPAR





  • Peralatan permain terdiri daripada jersi,seluar pendek dan kasut sukan
  • Jersi,seluar pendek dan stokin mestilah seragam ,bersih dan sama warna untuksatu pasukan.Semasa pertandingan,untuk dewasa,warna kasut mestilah seragam untuk sesuatu pasukan tetapi jenamanya boleh berbeza
  • Kasut mestilah ringan dan mudah lentuk dengan tapak getah atau kulit tanpa tumit
  • Jersi pemain mestilah bernombor dari 1 hingga 18 terangkum
  • Nombor-nombor tersebut mesti dilekatkan pada tengah bahagian depan dan belakang
  • Warna nombor mestilah jelas dan muda dibeza daripada warna jersi danmempunya ketinggian minimum 10cm di depan dan 1cm di belakang.Lebarnya jalur yang membentukkan nombor-nombor tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 2cm
BOLA

  • Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada suatu lapisan kulit yangmudah lentur dengan satu pundi getah atau bahan yang serupa di dalamnya.
  • Warna : Seragam dan cerah
  • Ukur lilit : 65-67 cm
  • Berat : 260-280 gram
  • Tekanan di dalam : 0.30-0.325g/cm
JARING

  • Jaring bola tampar adalah 1m lebar dan 9.50m panjangyang diletakkan di atas paksi garisan tengah.
  • Dua antena diikatkan pada pinggir luar setiap jalur tepidan diletakkan bertentangan jaring
  • Kedua-dua antena dikira sebagai sebahagian daripada jaring dan mengehadkan ruang lintasan.
  • Tinggi jaring adalah 2.43m bagi lelaki dan 2.24m bagiwanita. Ia diukur dri tengah gelanggang bermain dengansebatang pengukur.
  • Kedua-dua hujung jaring, mesti sama tinggi daripadapermukaan bermain dan tidak melebihi 2cm daripada tinggi rasmi.
ANTENA

  • Merupakan berukuran 4.8m panjang,dan berdiameter 10mm
  • Diperbuat daripada kaca gentian atau bahan yangserupa dengannya yang mudah lentur
  • Diletakkan/diikat pada pinggir luar sebagai penanda tepi
POSISI BOLA TAMPAR



ISYARAT BOLA TAMPAR

SERVE/SPIKE

Serve Bawah

Serve Atas


Spike



TUGAS PEMAIN

BLOCKER


Tugas blocker
Melakukan Block agar serangan lawan tidak menghasilkan point
Melakukan smash dadakan jika bola tanggung
Menjaga tipuan lawan
Melakukan serangan balik dengan cepat

SET UPPER/TOSER
-seorang pemain bola tampar yang bertugas utama iaitu sebagai pengumpan.

Tugas Set Upper/Toser
  1. Pemberi umpan ke smasher ( bisa quick, long, medium)
  2. Pengatur Serangan
  3. Melakukan Blocking ( jika pemain berada pada posisi depan bisa bertugas multi sebagai blocker )
  4. Memukul Bola Yang tanggung ( jika ada bola tanggung dari lawan seorang toser juga bisa melakukan serangan balik dengan smash cepat )
  5. Mendorong bola di celah area lawan yang kosong bisa disebut juga tipuan
SMASHER
-seorang pemain bola tampar yang bertugas sebagai penyerang utama dalam mematahkan serangan lawan sehingga mendapatkan mata

Tugas Smasher
  1. Mematahkan serangan lawan
  2. Sebagai Penyerang Utama dalam permainan bola voli
  3. Multi fungsi sekaligus sebagai blocker
  4. Memberikan smash cepat
  5. Menghasikan point dengan tipuan
LIBERO

-pemain ini dikatakan adalah pemain spesial dalam bola tampar dibahagian belakang.Pemain ini hanya bermain digarisan belakang dan boleh dipergantikan oleh pemain barisan belakang.Libero tidak boleh melakukan servis,mengumpan bola ke penyerang dari depan garisan serangan atau menyerang bola dari atas jaring.

Tugas Libero
  1. Sebagi Pemain Belakang
  2. Melakukan Passing ke Set upper / Toser
  3. Menjaga Tipuan Lawan
  4. Mengangkat serangan lawan dari smasher

Comments