SEPAK TAKRAW

 CARA BERMAIN:

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan  tersebut ditamatkan.                                                 



Menimang Bola

Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.

 

Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

.  BILANGAN PEMAIN SETIAP REGU

  • Hanya seramai 3 orang.
  • Salah seorang pemain berada di belakang yang dinamakan sebagai tekong.
  • Dua orang lagi berada di hadapan iaitu seorang di sebelah kiri (Apit Kiri) dan seorang lagi di sebelah kanan (Apit Kanan).
  • Pemain boleh bertukar posisi semasa permainan dijalankan.



BOLA TAKRAW

  • Bola takraw yang dulunya diperbuat daripada rotan hendaklah berbentuk bulat, ianya diperbuat daripada satu lapis fiber sintetik.
  • Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-
  • Mempunyai 12 lubang.
  • Mempunyai 20 pertemuan silang.
  • Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.41 m hingga 0.43 m untuk pemain lelaki dan 0.42 m hingga 0.44 m untuk pemain wanita.
  • Berat bola sebelum dimainkan di antara 170 g hingga 180 g untuk pemain lelaki dan 150 g hingga 160 g untuk pemain wanita.
  • Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang terang tetapi tidak mempunyai warna yang boleh mengganggu prestasi pemain.
  • Bola takraw juga boleh diperbuat daripada getah sintetik atau pun bahan lembut tahan lama (durable material ) bagi membaluti permukaan bola dan ianya tidak akan boleh mencederakan pemain. Pengeluar bola takraw ini hendaklah mendapat kelulusan daripada ISTAF sebelum dimainkan di mana – mana kejohanan antarabangsa.
  • Kejohanan antarabangsa yang mendapat restu ISTAF termasuk Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA hendaklah menggunakan bola takraw  yang telah diluluskan oleh pihak ISTAF sahaja.



  • Bola takraw pertama yang dicipta




  • Bola takraw yang digunakan pada zaman sekarang
1. GELANGGANG
- Luas gelanggang adalah 13.4 m x 6.1 m, bebas dari sebarang rintangan sehingga 8 m tinggi dari permukaan lantai gelanggang.
Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m diukur ke dalam dari penjuru ukuran gelanggang.
- Garisan Tengah
Garisan tengah selebar 0.02 m membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar.
- Garisan Suku Bulatan
Garisan Suku Bulatan hendaklah digaris dari garisan tepi ke garisan tengah berukuran jejari 0.9 m.
- Bulatan Sepak Mula
Bulatan Sepak Mula berjejari 0.3 m hendaklah digariskan di tengah-tengah kiri dan kanan petak gelanggang, di mana hendaklah 2.45 m dari garisan belakang gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi gelanggang. Garisan 0.04 m lebar ini hendaklah diukur dan digaris menghala keluar dan jejarinya 0.3 m.
- Kawasan Bebas
Gelanggang hendaklah bebas daripada halangan sejauh 3.0 m daripada tepi garisan.
1 - 14
Undang-Undang Permainan Sepaktakraw
Pindaan 18 September 2013.




SISTEM KIRAAN MATA

  • Apabila perkara yang membatalkan dilakukan oleh sama ada bahagian sepak mula atau menerima sepak mula, satu mata akan diberikan kepada pihak lawan termasuklah melakukan sepak mula yang seterusnya.
  • Mata kemenangan maksimum untuk setiap set ialah 21 mata.
  • Permainan dijalankan di dalam 2 set dengan 2 minit waktu rehat di antaranya.
  • Apabila kedudukan pada mata 20-20, penggunaan mata syiling 25 akan dijalankan.
  • Kemenangan ditentukan dengan perbezaan 2 mata sehingga mata 25.
  • Jika masing-masing regu memenangi 1 set, permainan akan ditentukan di dalam set ketiga yang dinamakan 'Tie Break' dengan 15 mata.
  • Sebelum pusingan  'Tie Break' bermula, pengadil akan membuat undian dan pasukan yang memenangi undian akan membuat sepak mula.
  • Tukar petak akan berlaku apabila satu regu mencapai 8 mata.
97016825 Borang Kiraan Mata Pengadil Sepaktakraw
Contoh borang kiraan mata

PAKAIAN PEMAIN
        
  • Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw.  
  • Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan boleh membahayakan kepada pemain adalah di  larang sama sekali.
  • Pasukan  hendaklah mempunyai  sekurang-kurangnya  dua  set  Jersi/T-Shirt,  satu  set warna sama warna; pasukan tuan rumah hendaklah menukar pakaian pasukan mereka atau pasukan yang teratas di dalam senarai pertandingan.
  • Pemain hendaklah memakai Jersi/T-Shirt, seluar pendek, stoking dan kasut sukan bertapak getah  dan  tidak  bertumit  tinggi. Pakaian merupakan  sebahagian  daripada  anggota  badan.
  • Jersi/T-Shirt hendaklah dimasukan ke dalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai track-suits.
  • Semua Jersi/T-Shirt bagi regu dan pasukan hendaklah sama warna, bernombor dibahagian belakang dari 01 hingga 15 dan nombor hendaklah berukuran 19cm tinggi.
  • Setiap pemain hendaklah diberi nombor tetap sepanjang kejohanan.
  • Ketua regu hendaklah memakai 'arm band' di lengan kiri yang warnanya tidak sama dengan warna Jersi/T-Shirt.
  • Pendidikan Jasmani Kesihatan KSSMPK Tingkatan_2 Pages 51 - 100 - Flip PDF  Download | FlipHTML5
  • Contoh pakaian untuk bermain sepak takraw

Comments